.

08:50

TOPIK 2 : PENGEMBARAANKU DI NEGERI SABAH

Posted by Unknown |




"Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu
Biru Biru Hujung Kinabalu
Tengok Dari Jauh Hati Saya Rindu"


Wah! Bila terdengar lagu "Sayang Kinabalu" yang dinyanyikan oleh Reno. Terkenang  kembali kenangan pengembaraan saya ke negeri di bawah bayu itu pada sekitar bulan Februari 2012 tahun lepas. Hati pun terasa sangat rindu nak pergi tempat-tempat yang menarik yang pernah diriku pergi dahulu. Rindu rasanya  apabila bangun pagi dapat hidup udara segara dan suasana yang nyaman di Kundasang, Sabah. Buka jendela mata ku terus dapat ku lihat gunung kinabalu. Sungguh indahnya......Hati ini terasa sangat rindu sangat nak berjalan-jalan ke sana lagi. 

Pengembaraanku ke negeri Sabah di bawah bayu ini bermula apabila aku pertama kali menjejakkan kaki ku ke negeri Sabah untuk melangsungkan majlis perkahwinan di belah pihak lelaki. Suami ku memang sudah pulang awal untuk persiapan di belah pihaknya. Aku bersama-sama ahli keluarga ku tiba sehari sebelum majlis di belah pihak lelaki iaitu pada 24 Februari 2012. Bagi kedua ibu bapa ku itupun merupakan pengalaman pertama mereka menaiki kapal terbang dan juga pergi ke negeri  Sabah. Setibanya kami ke lapangan terbang di Kota Kinabalu International Airport (KKIA), kami di sambut dengan menggunakan van sewa yang ku minta kawan baik ku uruskan. Tapi alangkah malang nasib ku rupanya van yang dinaiki itu rupanya van yang lama dan boleh dikatakan uzur jugalah keadaannya. Perasaan tidak dapat digambarkan sangat terkejut dan berasa sangat  hampa. Rupa-rupanya kawan baik ku bernama Nurhidayahtullah pun tidak tahu menahu van yang disewa itu agak teruk keadaannya. Hai nasib badan..tapi nak buat macam mana naik jelah. Kawan baik dah tolong, ucap terima kasih sajalah. Aku bersama ahli keluargaku yang lain disambut dengan baik oleh ahli keluarga Nurhidayatullah. Ahli keluarganya sangat peramah dan baik hati. Di sana aku dan ahli keluarga ku yang lain beramai-ramai bermalam di rumah nenek kawan baik ku tadi. Rumah nenek kawan ku ni di tingkat atas dan rumah Nurhidayahtullah ini ditingkat bawah. Rumah nenek Nurhidayatullah ini mempunyai lapan bilik tidur semuanya. Banyakkan dan sangat besar dan luas. Apalagi setiap seorang dapat satu bilik masing-masing untuk tidur. 

Pada pagi keesokan harinya aku bangun pada yang agak lewat kerana perbezaan waktu dan keadaan di sana. Di mana kalo kita tengok jam pukul 6 di Kuala Lumpur masih gelap akan tetapi di negeri Sabah pukul 6 dah terang macam pukul 7.30 ke 8.00 pagi. Pengalaman pertama menghadapi perkara sedemikian. Sakit kepala dibuatnya sebab tidak cukup tidur. Selepas berserapan pagi kami pun bergerak singgah sebentah dirumah mak mentua ku sebelum bergerak ke pasar Filiphina di Kota Kinabalu Sabah. Di rumah suami ku mak mentua menghidangkan lamban. Lamban sejenis makanan yang berasaskan beras pulut yang dibalut dengan pucuk kelapa muda. Lamban di makan dengan ayam masak kicap dan sayur agak berlainan sedikit dengan makan ketupat yang di makan dengan rendang, serunding dan kuah lodeh. Selain itu, ketika di rumah mentuaku dapatlah aku melihat buat pertama kalinya aktiviti melamban. Selepas makan-makan aku sekeluarga tidak termasuk suami bergerak menuju ke Pasar Filiphina yang menjadi syurga menjual mutiara di Sabah. Tidak sabar hati ini dan melonjak kegembiraan. Bermacam-macam aksesori perhiasan diri ku beli di sana, cincin, gelang, rantai, keronsang dan macam-macam lagi berasaskan mutiara. Terdapat juga barang kraf, makanan tradisional serta barang-barang basah seperti ikan, sotong, udang dan macam-macam lagi yang dijual berdekatan di pasar Filiphina itu. Waktu memang tidak boleh dibayang kegilaan membeli belah bersama mak dan kakak ipar, memang sangat teruja. Cuma ida nak ingat kepada kawan-kawan supaya berhati-hati dengan penjual Filiphina yang berkeliaran seperti menjual handset atau jam atau aksesori kerana ditakuti mereka akan merompak anda dengan kaedah pukau. Ini kerana pakcik ieda hampir terpedaya untuk membeli i-phones daripada orang tersebut dan seperti kena pukau mengekori orang Filiphina tersebut sehingga kami menjerit daripada jauh agar berhenti mengikutinya. Atas nasihat kawanku Nurhidayatullah pak cik ku sedar dah menolak pembelian tersebut. Lelaki Filiphina itu agak marah dan mendesak, tapi bila kami menipu bile sampai lapangan terbang nanti kena tahan kalo beli i-Phone, barulah lelaki tersebut berlalu dari tempat kami.


Nurhidayatullah membawa aku dan keluargaku pergi makan di sebuah restoran. Perkara yang pelik adalah apabila kami buat pesanan teh susu panas dapat teh - o kosong. Rupanya di sabah kalau teh susu panas sebutannya Tesi dan kalau Teh O sejuk berais di sebut Teh - O Pink. Jadi kepada kawan-kawan kalau nak minum teh panas di negeri sebut Tesi tau. Kemudian sesudah penat berjalan aku pulang ke rumah mentua dalam pukul 4.00 petang untuk bersiap bagi majlis malam berbedak di rumah mentua. Pada waktu malam sambutan malam berbedak di sambut dengan meriah bersama paluan kompang dan karoake. Sungguh meriah sambutan malam berbedak mereka bersama dengan adat menepung tawar. Berbanding dengan di Semenanjung waktu persandingan di jalankan pada waktu pagi bersekali dengan adat menepung tawar. Manakala pada keesokan harinya majlis persandingan baru diadakan. Majlis bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pukul 12 tengahari. Berbeza dengan adat di semenanjung Malaysia. Adat persandingan di Sabah pengantin perempuan menunggu di pelamin dan pengantin lelaki dibawa keluar oleh atuk sedara dari rumah dan bersalaman dengan ahli keluarga di luar rumah dan barulah di bawa kembali ke atas pelamin. Kemudian baru kami pengantin perempuan dan suami keluar dari rumah untuk memotong kek. Selesai sudah aku dan suami untuk upacara persandingan tersebut dan bergerak ke pantai persendirian yang terletak di Melingsung, Papar. Pertama kali aku mengunjungi pulau di mana tiada orang langsung di Pulau tersebut. Setelah sesi fotografi selesai, dengan berpakaian lengkap pengantin kami singgah di sebuah kedai restoran yang bernama " Restoran Taufik" yang terletak di Papar. Tidak pernah dibuat orang pengantin minum dan makan di restoran pada hari persandingan. Kemudian tepat jam 6.30 petang kami pun bergerak pulang ke rumah dan beristirehat.

Hari ketiga di negeri Sabah bersama suami dan kedua ibu bapa mentuaku bergerak ke Jeselton Point untuk ke Pulau Manukan. Jeselton Point adalah jeti untuk ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Safi. Pulau-pulau tersebut merupakan pulau-pulau yang berdekatan. Tetapi suami ku hanya membawa diriku pergi ke Pulau Manukan. Kami menaiki bot untuk ke Pulau Manukan. Aktiviti hari tersebut berenang dan snorkling sambil berkelah di tepi pantai. Setelah menjalankan pelbagai aktiviti kami pun bergerak ke Sulaman berdekatan dengan Universiti Teknologi Mara Sabah. Di sana aku pertama kali merasa makan puding kelapa di dalam buah kelapa. Sedap sehingga hendak tambah lagi. Aku turut merasa lokan bakar di situ. Nikmatnya terasa sehingga sekarang. Masih teringat-ingat. Kalau balik sabah pasti aku akan singgah ke Sulaman untuk menikmati puding kelapa di waktu hari yang panas bersama - sama lokan bakar yang sangat sedap. Setelah selesai makan dan minum, kami bergerak balik. Dalam perjalanan bapa mentuaku singgah sebentar tamu atau dikenali sebagai pasar di Semenanjung yang terletak di Putatan, Sabah. Pelbagai jenis makanan, minuman, buah- buahan dan barangan basah di jual di situ. Bapa mentua telah membeli sejenis buah yang dipanggil buah tarap untuk di bawa pulang. Rasa dia memang sukar di gambarkan sangat sedap dan tidak dapat digambarkan rasanya. Isi buah tarap melekat di tangkai tengah seperti buah cempedak. Tapi rasanya sangat berbeza dengan buah cempedak. Jika pembaca hendak merasa bolehlah dapatkan di tamu di Putatan.


Hari keempat di negeri Sabah. Seawal jam 7.00 pagi Aku bersama suami bergerak ke Kundasang dengan menyewa sebuah kereta Kenari milik kawan baik suami. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa 3 jam. Dalam perjalanan aku dapat melihat pemandangan yang sangat indah. Ketika dalam perjalanan ke Kundasang melalui jalan Tamparuli, Gunung Kinabalu jelas kelihatan sungguh indah di pandangan mata. Alangkah dapat ku gapai Gunung Kinabalu tersebut sambil berangan. Kami kemudiannya sampai di tempat penginapan kami "check- in" terlebih dahulu di Kinabalu Pine Resort yang terletak di Kundasang. Tempat penginapan kami merupakan rumah kabin yang di bina sepenuhnya secara eksklusif menggunakan kayu keras "Selangan Batu". Suasana di sekitar rumah kabin tersebut sangat cantik dan daripada rumah tersebut boleh melihat secara langsung Gunung Kinabalu didepan mata. Pelbagai kemudahan turut disediakan di kabin yang di duduki seperti WiFi internet, saluran televisyen satelit, interkom dan sebagainya. Setelah beg dan barang-barang diletakkan di rumah penginapan, kami bergerak menuju ke Ranau untuk ke Air Panas Poring. Terlebih dahulu aku pergi melawati tempat berdekatan dengan Air Panas Poring seperti Taman Rama- Rama, Pusat Pemuliharaan Orkid Poring, taman tropika dan juga Laluan Kanopi Poring. Aku sungguh teruja untuk berjalan melalui laluan kanopi tetapi sebelum boleh melalui kanopi tersebut aku dan suami terpaksa berjalan naik bukit setinggi 41 meter untuk sampai ke laluan kanopi tersebut. Mengah nafas ini terasa. Penatnya boleh tahan sebab sudah lama tidak panjat bukit. Akhirnya kami tiba di laluan kanopi tersebut sepanjang 157.8 meter. Daripada atas laluan kanopi ku dapat lihat pokok-pokok dan pemandang yang indah luas terbentang. Setelah selesai berjalan di laluan kanopi tersebut kami pergi mandi di kolam air panas merehatkan diri bagi melegakan penat. Kemudian kami singgah di restoran berdekatan di Kundasang tetapi makanan di restoran tersebut kurang menawan hati. Cuma kepak ayam bakar di gera berdekatan berjaya memenuhi selera kami yang kuat makan. Kemudian kami bergerak pulang ke rumah penginapan untuk berehat. Cuaca di sana sangat sejuk dan dipenuhi kabus apabila hari mula menjadi malam.


Pagi hari kelima kami meneruskan perjalanan dengan melawat ke War Memorial Kundasang. Pamandangan dan keadaan war memorial sangat menarik. Aku sempat berbual-bual dengan penjaga War Memorial tersebut memandang aku pun bekerja di muzium. Memorial ini ditubuhkan pada 1962 merupakan memorial pertama yang ditubuhkan untuk memperingati Tahanan Australia dan British yang sungguh berani dan telah meninggal dunia di Sandakan  dan untuk memperingati rakyat Borneo Utara yang mempertaruhkan nyawa untuk membantu tawanan perang. Memorial terdapat empat taman yang sungguh indah seperti Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan. Selain itu turut terdapat kolam di tingkat teratas di "War Memorial Kindasang". Setelah selesai melawat kami terus bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalan kami sempat singgah di Bundu Tuhan untuk membeli sedikit cenderahati untuk di bawa pulang. Tiba di ibu negeri Sabah Kota Kinabalu, kami singgah di Tanjung Aru menikmati air batu campur dan soto ayam poring mengisi perut yang kelaparan dan baru lah bergerak pulang kerumag di kampung Kawang, Papar, Sabah. Pada keesokan harinya, hari keenam aku berada di Sabah, ayah mentuaku belanja makan Nasi Lalap sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur semula.


Sehingga hari ini, masih teringin aku hendak makan Nasi Lalap, puding kelapa dan lokan bakar yang sungguh sedap itu. Pengembaraan ku di negeri di bawah bayu itu merupakan pengalaman yang paling menyeronokkan yang pernah aku lalui. Aku sangat menggalakkan kepada kawan-kawan dan sahabat handai untuk pergi berjalan-jalan ke negeri Sabah yang sungguh indah itu. Banyak lagi tempat yang belum aku pergi di sana. InsyaAllah, aku akan ke sana bila ada rezeki lagi. Mari kita layan lagu "Sayang Kinabalu".





War Memorial Kundasang

Titian Kanopi di Poring



Rumah kabin di Kinabalu Pine Resort




2 comments:

Percutian Bajet Sabah 2017 said...

Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

Assalamualaikum Tuan Puan...
Bercuti la ke Sabah....!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

Antara Kelebihan kami:

Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70

* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas...
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.

Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang...

2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...

5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

Hubungi kami
0163751978
Boleh Call atau Whatsapp


Percutian Bajet Sabah 2017 said...

Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

Assalamualaikum Tuan Puan...
Bercuti la ke Sabah....!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

Antara Kelebihan kami:

Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70

* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas...
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.

Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang...

2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...

5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

Hubungi kami
0163751978
Boleh Call atau Whatsapp


Post a Comment